Pendapat

Isu Conversion Therapy: Teguran Kepada Pegawai Undang-Undang SUHAKAM – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Saya ingin memperbetulkan beberapa perkara yang diulas oleh Pegawai Undang-Undang SUHAKAM. Saya berharap Pesuruhjaya SUHAKAM dari latar belakang undang-undang dan Syariah juga dapat memberi teguran kepada beliau.

1.ASAS PERLEMBAGAAN

Adakah Mukhayyam, Kem Jati Diri oleh JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri tidak berperlembagaan dan “unlawful”? Akta mana yang dipakai?

Kalau tiada Akta adakah SUHAKAM berhasrat untuk mengadakan Akta melarang aktiviti Mukhayyam? Is that in the pipeline?

Dari sudut Perlembagaan:

BACA: Personal Liberty Perlembagaan Terpakai Untuk Semua Termasuk LGBT – Afiq M Noor

BACA: Prof Rafidah Seru Pesuruhjaya SUHAKAM Jernihkan Kenyataan Afiq Tolak Fatwa

BACA: Undang-Undang Murtad Syariah Diskriminasi, Menurut Laporan SUHAKAM – Profesor Rafidah Hanim

Perkara 3 (1) Perlembagaan memperuntukkan bahawa : “Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Perkara 12(2) menyatakan – Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu;

Tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

2. ASAS SAINS DAN PERUBATAN

Prof Lawrence S Meyer adalah seorang profesor penuh selama lebih 40 tahun, seorang pakar epidemiologi dilatih dalam bidang Psikiatri (epidemiologist trained in psychiatry).

Beliau dilantik memegang jawatan professorial di 8 universiti : Princeton, the University of Pennsylvania, Stanford, Arizona State University, Johns Hopkins University Bloomberg School of Public Health and School of Medicine, Ohio State, Virginia Tech, and the University of Michigan. Beliau juga dilantik dalam post penyelidikan di klinik terkenal, Mayo Clinic.

Beliau mengkaji lebih 500 artikel berkenaan eligibiliti dan merumuskan :

“The hypothesis that gender identity is an innate, fixed prop­erty of human beings that is independent of biological sex—that a person might be “a man trapped in a woman’s body” or “a woman trapped in a man’s body”—is not supported by scientific evidence.”

Secara merendah diri, Professor Lawrence berkata :

When the research touches on controversial themes, it is particularly important to be clear about precisely what science has and has not shown.

For complex, complicated questions concerning the nature of human sexuality, there exists at best provisional scientific consensus; much remains unknown, as sexuality is an immensely complex part of human life that defies our attempts at defining all its aspects and studying them with precision.

“Much remains unknown” kata beliau

Saya dah pernah kongsikan dulu penulisan beliau dan Dr McHugh. Jika yang baru mengikuti saya di sini boleh guna capaian link di bawah

https://www.thenewatlantis.com/…/executive-summary…

Peranan JAKIM, Majlis Agama Islam Dalam Memberi Hak Beragama Kepada Komuniti Hijrah.

Conversion Therapy yang hangat dilabelkan kepada kita itu adalah terma dan istilah yang berdasarkan kajian, kaedah dan pengalaman di negara-negara Barat dan tidak sama seperti apa yang kita amalkan. Tidak ada bukti ia “harmful” di Malaysia.

Setiap kali Mukhayyam dibuat, tawaran adalah secara sukarela. Tidak pernah dipaksa. Yang lebih sering berlaku ialah penganjur terpaksa menolak penyertaan kerana tempat penuh. Ada yang berubah ke arah kebaikan. Meninggalkan gaya hidup berisiko tinggi.

Begitulah. Seseorang itu tidak seharusnya  memulakan hujah dengan “Let me put this clearly…” apabila beliau bukan dari bidang ikhtisas berkenaan. Sekurang-kurangnya seseorang itu mestilah mempunyai pengalaman menghadiri sendiri Mukhayyam sebelum membuat rumusan yang jauh tersasar.

Pautan Asal: Facebook Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

*Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button