Ibu Perlu Menghormati Pandangan Anak-Anak Mumayyiz Yang Berminat Dengan Islam – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 23 Februari 2022 – “Walaupun mahkamah putuskan anak-anak dikembalikan kepada ibunya yang beragama Hindu, namun tidak ada sebarang perintah untuk menukar kembali agama anak-anak dari Islam kepada Hindu,” ujar Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
Jelasnya, Islam tidak menghalang si ibu untuk bersama dengan anak-anak walaupun berbeza agama, jadi dalam hal ini, tidak wajar pihak-pihak seperti Majlis Perundingan Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) dan sebagainya mahu mendesak sebarang pembatalan agama kerana Undang-Undang Syariah Negeri Perlis juga terpakai.
“Adalah tidak wajar untuk MCCBCHST dan pihak yang berkaitan tiba-tiba menggesa agar anak-anak ini kembali kepada agama asal mereka,” ujar beliau.
Kita semua faham bahawa isu ini melibatkan akidah dan sensitiviti. In the best interest of the child, ketika selama 3 tahun anak-anak ini dijaga oleh NGO dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta dipantau Jabatan Agama Islam Perlis sudah tentu mereka telah belajar dan memahami agama Islam dan mengamalkannya.
Menurut Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu, isu penukaran agama sepihak ini wajar dilihat secara menyeluruh tanpa menggunakan emosi kerana seringkali mualaf (baik ibu atau bapa) tidak mendapat hak mereka.
“Seorang mualaf, yang ingin membesarkan anak-anak mereka dengan agama yang dipilihnya dilihat semakin sukar,” kata beliau lagi.
Baru-baru ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan agar anak-anak Loh Siew Hong yang beragama Islam dikembalikan kepadanya.
Tiga orang anaknya dipercayai telah memeluk Islam pada tahun 2020 bersama bapa mereka.