NGO

Masjid Sebagai Pusat Transit: WAFIQ Sokong Usahasama JAWI Dengan Jabatan Pembangunan Wanita

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) menyokong sepenuhnya usaha Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam mewujudkan 14 buah Masjid sekitar Kuala Lumpur sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga.

Masjid adalah suatu institusi yang sangat rapat dengan kekeluargaan dan amat tepat ia dijadikan sebagai pusat hentian setempat atau One Stop Centre. Isu keganasan rumah tangga yang semakin meningkat memerlukan pendekatan dari segala sudut.

Tambahan pula NGO-NGO yang mendapat kepercayaan menguruskan isu keganasan rumah tangga menghadapi kekangan dari sudut kewangan dalam menyediakan tempat transit yang selamat dan selesa.

Justeru itu, WAFIQ mengalu-alukan penglibatan masjid di WP Kuala Lumpur yang telah dilantik sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga berikut:

✅ Masjid Wilayah Persekutuan

✅ Masjid AlGhufran TTDI

✅ Masjid Al-Imam Al-Ghazali

✅ Masjid  Al-Qurtubi

✅ Masjid Amru Ibn Al’As

✅ Masjid Salahuddin Al-Ayyubi

✅ Masjid Al-Imam Asy Syafie

✅ Masjid Ar Rahimah

✅ Masjid Jamiul Ehsan

✅ Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah

✅ Masjid Al-Muqarrabin

✅ Masjid Az-Zubair ibn Awwam

✅ Masjid Ar-Rahman

✅ Masjid Al-Ikhlasiah

WAFIQ berharap usaha yang baik ini dapat dicontohi oleh negeri-negeri lain.

Usaha yang sangat murni yang digerakkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ini sekaligus menterjemahkan Islam sebagai cara hidup yang kolektif dengan menampilkan solusi kepada setiap permasalahan. Sesuai dengan ta’rifan Islam itu yang bermaksud selamat dan sejahtera.

TeleWAFIQ yang merupakan platform aduan orang ramai tentang isu rumah tangga, kes Syariah dan sivil, gangguan seksual di tempat kerja, dan penindasan majikan ke atas pekerja dengan rendah hati menawarkan khidmat nasihat dan berbesar hati untuk bekerjasama rapat dalam usaha ini.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar 
Presiden WAFIQ

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button