Antarabangsa

Sambutan Filem Songsang Disney Sendu, CEO Tetap Promosi Agenda ‘Woke’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

CALIFORNIA, 30 Oktober 2022 – Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney Co. Bob Chapek dalam satu laporan tetap mempromosikan agenda ‘Woke’ walaupun filem songsang keluaran syarikat tersebut mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan.

Menurut pandangan Bob Chapek, dunia adalah sebuah tempat yang kaya serta pelbagai maka, mereka mahu kandungan produk mereka menggambarkan elemen-elemen tersebut.

“Kami mahu kandungan kami mencerminkan dunia yang kaya dan pelbagai yang kami diami…” katanya.

Filem ‘Lightyear’ yang tular Jun lalu menjadi perbualan hangat apabila 50% watak-wataknya membawa karakter gay dan Pixar menayangkan babak “same-sex-kissing”.

Susulan itu, lebih dari 12 negara majoriti Muslim tetap menolak tayangan filem ‘Lightyear’ dari klasik Pixar – ‘Toy Story’ itu sebagai tanda penentangan terhadap filem tersebut walaupun dilabel sebagai negara yang berpemikiran mundur oleh Galyn Susman, penerbit filem kontroversi Disney, Lightyear.

Samudera.my turut melaporkan tindakan pengedar filem The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd yang memutuskan untuk tidak menayangkan filem animasi ‘Lightyear’ di Malaysia kerana tidak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) Kementerian Dalam Negeri (KDN).

LPF memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT yang bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: