Tempatan

PDRM Nafi Mesej Tular Kanak-Kanak Jadi Umpan Mangsa Bunuh, Rogol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 September 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sebuah siaran media telah menafikan sebuah mesej tular yang mendakwa kononnya sebagai amaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Balai Polis seluruh negara.

Mesej tersebut mendakwa bahawa terdapat kegiatan jenayah yang menggunakan kanak-kanak jalanan bagi ‘mengumpan’ mangsa untuk menghantar kanak-kanak tersebut ke sebuah lokasi sebelum mangsa dibunuh, dicuri organ dan dirogol.

“PDRM mengesahkan mesej yang ditularkan tersebut adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri atau PDRM,” menurut kenyataan tersebut.

Pihak PDRM turut menjelaskan bahawa hasil semakan yang dilakukan oleh PDRM, tiada sebarang laporan diterima berikutan sebarang insiden jenayah seperti yang ditularkan mesej tersebut.

Namun, pihak PDRM turut menasihati sekiranya orang awam berhadapan dengan situasi seperti yang ditularkan, adalah disarankan supaya kanak-kanak tersebut dibawa terus ke balai polis berhampiran supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: