Antarabangsa

Saudi Rampas Barangan Berwarna Pelangi Sebagai Bantahan Terhadap LGBT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RIYADH, 17 Jun 2022 – Pihak berkuasa Arab Saudi merampas pakaian dan mainan berwarna pelangi dari kedai-kedai di ibu kota negara berkenaan, Riyadh sebagai tindakan keras terhadap homoseksual, lapor Al-Ekhbariya.

“Kami memantau barang yang bercanggah dengan akidah Islam, moral awam dan yang mempromosikan warna homoseksual yang menyasarkan golongan muda,” ujar Pegawai Kementerian Perdagangan negara itu.

Dalam serbuan rampasan tersebut, kebanyakan barang yang dirampas adalah barangan yang dihasilkan untuk kanak-kanak seperti busur, skirt, topi dan bekas pensel yang kesemuanya berwarna pelangi.

Walaupun sektor pelancongan Arab Saudi semakin terbuka sejak 2019, Riyadh masih memelihara peraturan lama termasuk melarang amalan homoseksual di negara tersebut yang merupakan kesalahan undang-undang.

Lapor Middle East News, serbuan dilakukan setelah Arab Saudi mengharamkan tayangan filem yang menggambarkan LGBTQ+ atau yang merujuk kepada golongan itu.

Terbaru, Arab Saudi telah melarang tayangan filem animasi Disney ‘Lightyear’ kerana mempunyai babak merujuk kepada LGBT.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: