Tempatan

Kos Bahan Binaan Bakal Meningkat Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2023 – Kos bahan binaan dijangka akan meningkat lagi 15 peratus bagi separuh kedua tahun ini ekoran peningkatan purata harga simen, konkrit dan pasir bagi tempoh enam bulan pertama 2023.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk NK Tong berkata, lebih 10 peratus kenaikan tahunan dalam harga purata bagi simen, konkrit dan pasir pada 30 Jun 2023 dengan peningkatan harga simen sebanyak 21 peratus, konkrit (13 peratus) dan pasir (11 peratus).

“Selain itu, sejumlah 87 peratus responden mendapati harga bahan binaan meningkat berbanding tahun sebelumnya namun ramai tidak menyedari kenaikan yang berlaku memandangkan pemaju telah melaksanakan beberapa langkah dalam menangani kenaikan kos tersebut.”

BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC

BACA JUGA: Singapura-Malaysia Perlu Teroka Kerjasama Tangani Isu Perubahan Iklim

BACA JUGA: Tiada Kompromi Kesalahan Tukar Label Beras

Beliau berkata demikian pada taklimat media mengenai Kajian Industri Hartanah REHDA bagi Separuh Pertama 2023 dan Tinjauan Pasaran bagi Separuh Kedua 2023 dan Separuh Pertama 2024, pada Khamis.

Sementara itu, sebanyak 53 peratus daripada responden dalam kajian berkenaan merancang untuk melancarkan projek mereka pada separuh kedua 2023.

Manakala, baki 47 peratus tidak berhasrat untuk meneruskan projek kerana keadaan pasaran yang teruk.

“Pemaju mungkin mempunyai petunjuk bahawa pasaran tidak memberangsangkan disebabkan peningkatan kos dan subsidi silang.”

Namun menurut Tong, inisiatif mesra rakyat yang diumumkan kerajaan sebelum ini dijangka dapat menyokong belian hartanah meskipun berhadapan dengan persekitaran mencabar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: