Tempatan

Tindakan Maria Chin Mampu Dorong Kelompok Tertentu Perlekeh Syariah – PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 28 April 2022 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dalam satu kenyataan media menegaskan, apa jua bentuk penghinaan dan fitnah yang dilakukan terhadap Mahkamah Syariah bagi menjatuhkan kredibiliti dan menghakis kepercayaan rakyat merupakan suatu ancaman terhadap kedaulatan agama Islam sekaligus penderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama di peringkat negeri dan Persekutuan.

Hal ini menimbulkan rasa kesal dan marah pihak PEMBELA atas tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Maria Chin selaku seorang wakil rakyat yang menjadi contoh buruk serta mampu mendorong kelompok-kelompok tertentu untuk terus rakus memperlekeh perundangan Syariah di Malaysia dan semakin menjadi-jadi.

PEMBELA mengeluarkan kenyataan sedemikian susulan daripada perkembangan kes YB Maria Chin yang telah disabitkan kesalahan di atas penghinaan dan fitnah yan dilakukan beliau terhadap Mahkamah Syariah sebagaimana yang dilaporkan media kebelakangan ini.

“YB Maria Chin telah sabit melakukan penghinaan kepada Mahkamah Syariah memberi isyarat ahli legislatif perlu lebih berhati-hati dalam tindakan mereka dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan kedudukan mereka tanpa mengira sensitiviti.”

“Mahkamah Syariah hendaklah tegas memberi penghakiman tanpa campur tangan pihak luar ataupun dalaman mereka sendiri. Mahkamah Syariah juga tidak seharusnya diberi tekanan oleh mana-mana pihak di dalam membuat keputusan yang adil,” tegas PEMBELA.

Dalam pada itu, PEMBELA turut mempersoalkan status usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui RUU355 yang dipandang sepi walaupun telah dijanji oleh mereka yang kini memegang tampuk kuasa.

Di kesempatan itu juga, PEMBELA menegaskan agar Mahkamah Syariah diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi agar penghinaan-penghinaan sebegini dapat dibendung dengan lebih efektif selain memperkasa sistem perundangan Syariah di Malaysia.

Mengakhiri kenyataan berkenaan, PEMBELA mengajak dan menyeru rakyat Malaysia agar sensitif

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: