Tempatan

BSD: Mahkamah Syariah Akan Selama-lamanya Menjadi Tribunal Rendah – Lukman Sheriff

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 November 2022 – Akibat daripada Basic Structure Doctrine (BSD) ini, Mahkamah Syariah akan selama-lamanya menjadi satu tribunal rendah, demikian kenyataan peguam, Lukman Sheriff Alias di Facebooknya berkenaan bahana dari doktrin tersebut.

Tambah beliau, ini adalah disebabkan oleh implikasi doktrin itu sendiri yang tidak membenarkan sekiranya orang Islam mahu Mahkamah Syariah diberi kuasa kehakiman, misalnya mengadili badan-badan agama (bukan Syariah) kerana mengikut Mahkamah Sivil, ia adalah asas Perlembagaan yang tidak boleh dipinda.

Beliau juga menjelaskan bahawa undang-undang baharu ini akan mengubah struktur Perlembagaan negara tanpa persetujuan dan pengetahuan rakyat Malaysia.

Menjelaskan dengan lebih terperinci, beliau berkata bahaya doktrin ini iaitu mahkamah boleh mengatasi suara dua pertiga Parlimen yang meluluskan undang-undang dan perkenan Majlis Raja-Raja (MRR), sekali gus ia akan mengenepikan undang-undang tersebut.

Lebih menakutkan, ketetapan mahkamah itu tidak boleh diubah, dipinda dan dibetulkan oleh Parlimen, rakyat akan terikat dengan ketetapan itu secara total tanpa mempunyai ruang untuk membetulkannya.

Tuntasnya, BSD ini akan mengancam nilai budaya negara yang sepatutnya ditentukan oleh rakyat sendiri dan bukan mahkamah semata-mata, ujar Lukman Sheriff.

“Ia seolah-olah menulis kembali Perlembagaan kita.”

Persoalannya, “Kenapa hak demokrasi kita sebagai rakyat untuk meminda disekat dan ditekan oleh mahkamah?” soal Lukman Sheriff yang menyeru orang ramai supaya bantahan dibuat terhadap BSD terutamanya isu ini perlu diketengahkan ketika musim Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: