NGO

Siasat Pemimpin Politik Malaysia Yang Berhubung Rapat Dengan Kumpulan Ekstremis India – Aminuddin Yahaya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Sekarang umat Islam seluruh dunia sedang marah ke atas kenyataan jurucakap rasmi parti pemerintah negara India, Bharatiya Janata Party (BJP) yang telah menghina Rasulullah junjungan kita yang tercinta.

Sebenarnya sejak BJP memerintah negara India, memang sudah ada banyak peristiwa-peristiwa yang membangkitkan kemarahan kita apabila umat Islam di sana teruk diserang dalam pelbagai bentuk.

Ianya bukan kebetulan kerana serangan-serangan tersebut adalah dari galakan dan seruan pemimpin-pemimpin politik parti pemerintah tersebut.

Sesiapa sahaja yang menghina Rasulullah sedemikian rupa, perlu dihukum tanpa kompromi. Alhamdulillah gerakan antarabangsa terhadap kenyataan ini sudah semakin memuncak.

Sebenarnya selain kenyataan kecaman oleh Kerajaan terhadap kenyataan pemimpin BJP itu, ada yang lebih penting yang perlu dilakukan.

Kerajaan perlu siasat dan kenal pasti pemimpin politik dan masyarakat manakah di Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan ekstremis India tersebut.

Malah, ambil tindakan terus juga terhadap mana-mana NGO yang ada kaitan atau cenderung kepada mana-mana ekstrimis India ini.

Kerajaan harus kaji, berapa ramaikah dari rakyat Malaysia atau segmen masyarakat manakah yang sebenarnya menjadi simpatisan kepada ideologi mereka ini.

Islamofobia di Malaysia sedang semakin meningkat dan sebenarnya menunggu masa sahaja untuk meletup menjadi lebih teruk.

Lebih parah lagi jika Islamofobia tidak tangani dengan tegas apatahlagi kita hanya membiarkan ianya menular dari anasir-anasir luar seperti BJP yang meresap ke dalam masyarakat kita.

Wahai Kerajaan, tanganilah perkara ini secara strategik dan menyeluruh sebelum terlambat.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

* Rujukan: https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2022/06/963227/pegawai-parti-pemerintah-india-hina-nabi-kemarahan-makin-meluas?fbclid=IwAR00ItXiayXWU4pP6NbwZX_fC6RFKlz3l4ejgGb0Xnb2cb1QVvsAXjRJPac*

Pautan Asal: FB Aminuddin Yahaya 

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: