Tempatan

‘Hampir Pecah Pintu’, Sidang Tergempar NGO Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Mei 2023 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bersama lebih dari 70 gabungan-gabungan besar NGO Islam telah mengadakan satu perbincangan bagi menubuhkan Sekretariat Bertindak Isu Penindasan Umat Islam India, bertempat di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Kuala Lumpur.

Perbincangan yang dicetus oleh kegusaran dan kebimbangan terhadap nasib umat Islam yang ditindas, dianiaya dan dibunuh sewenang-wenangnya oleh pelampau Hindu secara berleluasa di India yang dipimpin Pemerintah BJP, Narendra Modi di India.

Menurut Pengerusi PEMBELA, Mahmud Hisyamuddin, penubuhan jawatankuasa ini juga adalah bagi memastikan isu sensitif yang berlaku di India tidak melimpah ke negara lain termasuk mengganggu gugat keharmonian antara kaum di Malaysia.

Tambahnya, jawatankuasa itu juga akan membincangkan apa yang perlu dan patut dilakukan di peringkat tempatan dan antarabangsa bagi menghentikan penindasan Muslim di India.

Antara gabungan-gabungan besar yang hadir selain PEMBELA adalah ISR, MAMPIR, PERKID, ISR, Pertubuhan Sufi Antarabangsa, Amal2u, Kebajikan Sinar Bakti, Brothers in Islam, Zaaba, DPMM, Malaysia-Pakistan Business Council, ARG, Selempang Merah, Yayasan Kasih Tauhid,

Perbincangan yang berlangsung selama hampir empat jam ini turut dihadiri oleh wakil media seperti Utusan, Ketua Editor dari TVPertiwi, Demia Malaiu, PPIM dan NGO-NGO lain.

Turut hadir tokoh-tokoh berpengaruh umat Islam, Ustaz Wadi Anuar, Toqqi PPIM dan beberapa figura terkenal.

Penganjur menyatakan mereka terpaksa menyekat jumlah kehadiran walaupun mendapat permintaan yang banyak disebabkan premis yang kecil supaya tidak berlaku limpahan peserta.

Kesemua yang hadir memberikan komitmen untuk menjayakan Sekretariat dengan keanggotaan merentas pelbagai susuk kekuatan umat Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: