Tempatan

Tapak SK Tukar SJKC: Kerajaan Yang Bebal Harus Diajar Rakyat – Aidil Khalid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2021 – “Apabila kerajaan sendiri tidak menghormati dasar kerajaan, maka rakyat terutamanya persatuan penduduk perlu bangkit mengambil tindakan tegas, termasuk, jika perlu, memfailkan semakan kehakiman,” kata peguam, Aidil Khalid.

Ujarnya, kerajaan yang ingkar dan bebal terhadap dasar serta undang-undang negara harus diajar oleh rakyat, bahawa rakyat tidak akan berdiam diri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu kemungkinan wujudnya tangan ghaib yang sangat licik sehingga tanah yang sepatutnya dibina Sekolah Kebangsaan (SK) tiba-tiba bertukar untuk dibina sebuah sekolah yang dinamakan SJK(C) Too Joon Hing di Bandar Kinrara.

Menurut Aidil, jika benar seperti dilaporkan, perkara ini tidak sepatutnya berlaku, sebab ia jelas bercanggah dengan kesemua kertas-kertas dasar kerajaan mengenai pendidikan.

Jelasnya, ketiga-tiga kertas dasar kerajaan sendiri bermula daripada Penyata Razak 1956, kepada Laporan Rahman Talib 1960, sehingga kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan 1979, secara jelas hanya membenarkan sekolah vernakular untuk beroperasi setakat kepada status-quo sahaja, iaitu sekadar membenarkan sekolah-sekolah vernakular sedia ada untuk beroperasi, tetapi bukan untuk menambah jumlahnya.

“Bahkan dengan jelas dinyatakan bahawa matlamat akhirnya ialah untuk mencapai sistem sekolah yang kesemuanya menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.”

“Jadi bererti sekolah-sekolah vernakular harus dikurangan berdikit-dikit, bukan ditambah bilangannya seperti yang berlaku sekarang ini, apatah lagi pula mengambil hak dan tapak yang sepatutnya adalah diperuntukkan untuk Sekolah Kebangsaan,” ujarnya.

Menurut beliau, dalam masa sama, pihak-pihak yang berkaitan harus digesa tampil memberikan penjelasan mengapa perkara yang bercanggah dengan dasar pendidikan ini boleh berlaku sedemikian rupa, termasuk Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan Negeri, dan Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: