NGO

DAP Bantah Bina Rumah Mampu Milik, Menteri Jangan Tunduk – Syed Hassan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2021 – “Mereka tidak mahu DBKL bangunankan Rumah Mampu Milik di situ sebab Rumah Mampu Milik akan diduduki majoriti oleh orang Melayu. Alasan mereka bahawa ianya akan membuatkan kawasan itu padat dan sesak, tidak masuk akal,” kata Syed Hassan Syed Ali selepas Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dengan lantang membantah Cadangan Pembangunan Rumah Mampu Milik di Segambut.

Oleh itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) ini mahu agar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar dan pegawai-pegawai DBKL untuk tidak tunduk dengan desakan ini.

“Dasar perumahan negara sejak PM pertama lagi adalah hidup bercampur bersama semua bangsa miskin dan kaya.”

“Mereka kalau boleh tidak mahu hidup bersama orang Melayu income rendah dan mungkin juga tidak mahu hidup bersama orang Melayu serta mahu Melayu keluar jauh dari ibu kota,” ujar beliau.

Justeru, “Saya harap Menteri WP yang Melayu sentiasa bersongkok itu dan Datuk Bandar serta pegawai-pegawai DBKL yang berkenaan yang semuanya juga Melayu-Melayu itu, jangan sesekali tunduk dengan desakan mereka-mereka yang tidak mahu hidup bercampur dengan masyarakat berpendapatan rendah.”

Tambah beliau, “Jika ianya dibatalkan kerana desakan mereka ini, memang celakalah nasib Melayu perlahan-perlahan dihalau keluar dari Bandaraya KL.”

Hannah Yeoh di dalam Facebooknya semalam memberitahu, beliau bersama 25 Persatuan Penduduk / KRT / JMB / JMC telah menghantar surat bantahan dan petisyen kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantah pembangunan rumah mampu milik di Segambut.

“Saya telah menghantar surat bantahan saya bersama surat bantahan daripada 25 Persatuan Penduduk / KRT / JMB / JMC beserta 3,770 tandatangan petisyen individu kepada DBKL bagi membantah Cadangan Pembangunan Rumah Mampu Milik di atas Lot 2487, Jalan Sri Bintang 5, Segambut yang melibatkan perubahan kepadatan daripada 48 orang seekar kepada 800 orang seekar #Segambut.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: