Tempatan

Hakim Tolak Tuntutan Sekolah Vernakular – Aidil Khalid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2021 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan pihak sekolah vernakular untuk membatalkan beberapa kenyataan dalam Penyata Tuntutan Plaintif.

“Alhamdulillah, perbicaraan interlokutori saman mencabar kewujudan sekolah vernakular Cina dan India telah berjalan lancar pagi tadi (Jumaat) secara maya, dengan kemenangan kepada Plaintif, iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA),” kata peguam, Aidil Khalid.

“Dalam perbicaraan interlokutori kali ini, Malaysian Chinese Language Council, Malaysian Tamil Neri Kalagam dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia telah cuba untuk memohon kepada Mahkamah agar beberapa perenggan dalam Penyata Tuntutan Plaintif dibatalkan.”

Menurut Aidil, antara perenggan yang cuba dibatalkan adalah seperti berikut:

(a) Laporan pada tahun 2016 di mana seorang guru berbangsa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan Ya Telok Sengat yang telah memeluk Islam, dan memutuskan untuk menutup aurat dengan memakai tudung, tetapi pihak sekolah telah memberikan tekanan dan ugutan bahawa jika beliau ingin terus mengajar di sekolah tersebut, maka beliau dikehendaki untuk menanggalkan tudung kepalanya;

(b) Laporan mengenai sikap perkauman sempit dan rasis oleh ibu bapa kepada anak-anak di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina, yang membantah guru-guru berbangsa Melayu daripada mengajar subjek bahasa Mandarin kepada anak-anak berbangsa Cina (walaupun guru-guru itu mempunyai kelayakan dan kefasihan sepenuhnya dalam bahasa Mandarin, tetapi dibantah semata-mata kerana mereka berbangsa Melayu);

(c) Dapatan dari tahun 2015 yang diterbitkan The Malaysian Insider, mengenai sikap acuh-tak-acuh anak-anak muda berbangsa Cina di Malaysia, bertajuk “Local Chinese Youths Divided on Importance of Speaking in BM in Malaysia”;

(d) Dapatan dari kajian Profesor Dr Sharon Carstens dari PSU Institute for Asian Studies pada tahun 2014, yang mendapati bahawa rakyat Malaysia berbangsa Cina mempunyai perasaan kurang senang dan negatif terhadap penggunaan bahasa Melayu, walaupun mereka memperakui kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan;

(e) Kajian oleh mantan Pengarah Kajian Khazanah Research Institute, Dr Muhammed Abdul Khalid dalam bukunya The Colours of Inequality, yang memetik rekod dari Kementerian Pendidikan bahawa di antara tahun 2006 hingga 2010, kadar keciciran (drop-out rate) para pelajar dari sekolah jenis kebangsaan Cina adalah tertinggi berbanding Sekolah Kebangsaan;

(f) Data dari parti MCA yang menganggarkan bahawa dari setiap 4 orang pelajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, seorang daripadanya akan keciciran (drop out) sebelum berusia 18 tahun, justeru menjadikan kadar kecicirannya sebagai 25%, iaitu kadar keciciran tertinggi berbanding Sekolah Kebangsaan.

“Setelah mendengar hujahan kesemua pihak — yang berlangsung selama kira-kira dua jam — Hakim Yang Arif Nazlan telah menolak permohonan Malaysian Chinese Language Council, Malaysian Tamil Neri Kalagam dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia itu,” tambah Aidil.

“Hakim sebaliknya berpendapat bahawa perenggan-perenggan tersebut hendaklah dibenarkan untuk kekal seperti sedia ada, untuk menjadi rujukan ketika perbicaraan penuh kelak.”

Ujarnya lagi, kemenangan ini adalah kemenangan kecil di hari Jumaat yang mulia dan perjuangan memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan di negara ini masih panjang.

“Ini adalah kemenangan kecil di hari Jumaat yang mulia ini, tetapi harus diingat bahawa perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan di negara ini masih panjang.”

Disember 2019 lalu, GPMS dan MAPPIM memfailkan tuntutan meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa kewujudan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SRJK) tidak konsisten dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Pemfailan saman ini adalah susulan dari keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 11 November 2019 yang telah menolak permohonan peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz bagi mencabar keabsahan kewujudan SRJKC/T di Malaysia,” ujar peguam NGO-NGO berkenaan, Tetuan Amelda Fuad Abi dan Aidil.

Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan, yang membenarkan penubuhan sekolah vernakular menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa utama, tidak konsisten dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: