Tempatan

Tapak SK Tukar SJKC: ADUN DAP Berdiam Diri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUCHONG, 18 Oktober 2021 – Usaha wartawan Samudera.my untuk mendapatkan respon ADUN Kinrara, Ng Sze Han mengenai isu Sekolah Cina dibina di atas tapak khusus untuk Sekolah Kebangsaan di kawasan pentadbirannya menemui jalan buntu apabila ADUN dari DAP tersebut berdiam diri dengan langsung tidak mejawab panggilan telefon mahupun Whatsapp.

Penukaran status tapak Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Too Joon Hing di Jalan 5B Bandar Kinrara itu mendapat bantahan hebat dari para penduduk setempat yang disifatkan mereka dibuat secara tergesa-gesa seolah-olah sedang melakukan suatu jenayah besar.

“Wujud tangan ghaib yang sangat licik sehingga tanah yang sepatutnya dibina Sekolah Kebangsaan (SK) tiba-tiba bertukar untuk dibina sebuah sekolah yang dinamakan SJK(C) Too Joon Hing. Buktinya, melalui maklumat daripada papan iklan yang dipasang,” ujar Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara, Haji Mohamad Haron Bin Haji Mohamad Sidik.

Haji Mohamad Haron juga mempersoalkan logik pembinaan sekolah Cina secara tiba-tiba di kawasan persekitaran 95 peratus penduduk orang Melayu, walhal semua penduduk sudah sedia maklum bahawa tapak sekolah di situ akan didirikan Sekolah Kebangsaan.

“Bayangkanlah jika mereka membina SJK(C), mereka hanya menyediakan kemudahan kepada orang Cina sahaja, itu pun lebih 80 peratus orang Cina dari luar yang akan datang kerana sekolah Cina di sini sudah ada 6 buah, sedangkan jumlah mereka tidak ramai mana pun.” kata beliau.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Dr. Mah Hang Soon mendakwa pertukaran lokasi pembinaan SJKC Too Joon Hing di tapak tersebut berlaku ketika zaman pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

SJKC Too Joon Hing yang dibina ini adalah merupakan sekolah ketujuh SJKC dalam radius lima kilometer di kawasan tersebut selepas SJKC Kheng Chee, SJKC Yak Chee, SJKC Bukit Serdang, SJKC Shin Cheng (Harcroft), Tzu Chi International Chinese School dan SJKC Lai Meng.

Pada tahun 2014, Ng Sze Han pernah mengemukakan rancangannya untuk mendesak pembinaan sekurang-kurangnya 5 buah lagi sekolah Cina di kawasan pentadbirannya itu.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button