Tempatan

Kaum Cina Boleh “Menurun” Takkan Melayu Tak Boleh? – Buzze Azam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2021 – “Kalau kaum Cina boleh “menurun” takkan Melayu tak boleh, kalau orang Cina boleh angkat senjata dan sebagainya sebab nak pertahankan tokong seperti yang berlaku dalam kejadian rusuhan di Tokong Tiong Hwa, Salak Selatan, Sungai Besi baru-baru ini, mengapa orang Melayu tak boleh?”

“Bila lagi orang Melayu nak “menurun,” seloroh Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Buzze Azam yang merujuk kepada peristiwa rusuhan di hadapan tokong Cina di Sg. Besi baru-baru ini yang mendapat kritikan ramai pihak terutamanya berkenaan tindakan pasukan polis yang dilihat tidak berbuat apa-apa walaupun jelas diserang oleh kumpulan perusuh.

Insiden itu juga mendapat kritikan apabila cuba ditutup oleh sesetengah pihak dengan permohonan yang dibuat oleh pihak tokong.

Mengulas mengenai isu tanah yang sepatutnya dibina Sekolah Kebangsaan (SK) tiba-tiba bertukar kepada pembinaan sekolah yang dinamakan SJK(C) Too Joon Hing di bandar BK5B Bandar Kinrara, Puchong sehingga mencetus kemarahan penduduk setempat, Buzze Azam berkata,

“Penduduk boleh terus buat bantahan, buat bising sampailah suara mereka didengari selain buat aduan rasmi kepada Kementerian Pendidikan berkaitan dengan hal ini.”

Bagaimanapun, kurang sesuai untuk bercakap isu sekolah vernakular ini kerana sedang dibicarakan di mahkamah jadi tidak boleh sentuh berkaitan dengan sah atau tidaknya sekolah vernakular ini lagi.

“Sekarang ini dari segi hak, penduduk boleh mempersoalkan kewujudan sekolah Cina itu di kawasan perumahan mereka,” ujarnya.

Jelasnya, di bawah Fasal Undang-Undang Tort, iaitu di bawah kacau ganggu apabila kewujudan sesuatu misalnya sekolah itu tergolong mengganggu ketenteraman dan keamanan rakyat di sesuatu kawasan, penduduk boleh menggunakan undang-undang ini untuk menyaman pihak terbabit.

Kata beliau lagi, rakyat berhak untuk menghantar bantahan menyuarakan ketidakpuasan hati selagimana isu ini tidak selesai melalui hak kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, kerajaan ada kuasa yang besar untuk melakukan sesuatu asalkan untuk tujuan kepentingan awam termasuklah membina sekolah.

“Kerajaan boleh buat jalan, walaupun di atas tanah rakyat dan rakyat tidak ada hak untuk menghalang kerajaan ambil kalau itu bertujuan untuk kepentingan awam.”

“Sebab undang-undang mengutamakan kepentingan awam berbanding kepentingan individu tetapi melainkan kita dapat buktikan rakyat di kawasan itu membantah beramai-ramai seperti kumpulan Cina di tokong yang mengamuk, bawak parang, buluh, kayu, batu semua itu sehingga menghalang tugas penjawat awam,” ujarnya.

Sambil berseloroh, beliau menambah, “Cina boleh buat kenapa kita orang Melayu takut nak buat. Cina punya jin semua dah turun. Orang Melayu pun ada jin juga, kita kena tunjuk juga sekali sekala.”

 

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button