Tempatan

Tanah SK Tukar SJKC: Wujud Tangan Ghaib Yang Sangat Licik – Pengerusi Penduduk BK5B

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUCHONG, 09 Oktober 2021 – “Wujud tangan ghaib yang sangat licik sehingga tanah yang sepatutnya dibina Sekolah Kebangsaan (SK) tiba-tiba bertukar untuk dibina sebuah sekolah yang dinamakan SJK(C) Too Joon Hing. Buktinya, melalui maklumat daripada papan iklan yang dipasang,” ujar Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara, Haji Mohamad Haron Bin Haji Mohamad Sidik.

Menurutnya, apa yang lebih mengejutkan dan menggusarkan penduduk di kawasan itu ialah apabila melihat kerja-kerja pemindahan tanah di tapak SK itu dibuat secara tergesa-gesa seolah-olah sedang melakukan suatu jenayah besar.

“Apapun alasannya, kami tetap mahu sekolah itu ditukar semula kepada Sekolah Kebangsaan,” tegasnya.

Ujar beliau, “Bayangkanlah jika mereka membina SJK(C), mereka hanya menyediakan kemudahan kepada orang Cina sahaja, itu pun lebih 80 peratus orang Cina dari luar yang akan datang kerana sekolah Cina di sini sudah ada 6 buah, sedangkan jumlah mereka tidak ramai mana pun.”

Katanya lagi, semua penduduk maklum tapak sekolah yang wujud di situ akan didirikan Sekolah Kebangsaan. Menghairankan apabila sekolah Cina pula yang dibina.

“Kita ada 3 Sekolah Kebangsaan berdekatan dalam 5 kilometer radius tetapi sekolah-sekolah di sini sudah penuh dengan purata 1 kelas sampai 45 orang murid.”

“Secara nisbah, paling tidak pun kita perlukan lebih dari 3 buah lagi Sekolah Kebangsaan untuk menampung kapisiti maksimum satu kelas 35 orang murid,” tambah Haji Mohamad Haron.

“Manakala sekolah Cina termasuk yang hendak dibina ini adalah yang ke-7, kemudian dibina pula dalam persekitaran 95 peratus penduduk orang Melayu, di mana relevannya?”

Bercerita lanjut, Haji Mohamad Haron berkata, pihaknya sudah membuat aduan dan laporan mengikut protokol, namun apa yang terjadi adalah mereka pula ditakut-takutkan.

“Kita sudah buat mengikut protokol dengan pertama laporan polis, kemudian saya pergi ke pejabat-pejabat kerajaan berkaitan termasuklah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Menteri Pelajaran, Menteri Besar, Jabatan Pendidikan dan sebagainya. Kepada SPRM juga sudah dua kali dihantar surat.”

“Malangnya, pihak ini tidak begitu. Semasa penduduk tidak boleh keluar sewaktu PKP inilah mereka buat kerja. Tengoklah YB-YB kita pun sampai ke Pahang pun boleh merentas negeri. Kita tidak boleh pasal kita Melayu. Apa lagi pilihan yang kita ada selain dari perhimpunan rakyat,” kata beliau dengan penuh kesal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: