Tempatan

Tragedi Tanah Runtuh: Teguran Aktivis Diambil Perhatian, Bukan Saman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATANG KALI, 17 Disember 2022 – “Bila pencinta alam sekitar menegur dan bersuara, ambil perhatian dan dengar baik-baik. Bukan pergi saman dan tekan pencinta alam itu untuk diamkan dia.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang peguam, Aidil Khalid dalam satu hantaran Facebooknya berhubungan kejadian ‘Tanah Runtuh Batang Kali’ yang tular di media sosial ketika ini.

Menurut beliau, aktivis dan pencinta alam sekitar dah lama ingatkan tentang pembangunan yang berlebih-lebihan di Genting Highlands.

“Bahkan baru sahaja 4 hari lalu Puan Sri Sabrina Syed ingatkan tentang musibah yang boleh menimpa jika kerakusan ini tidak dikawal.”

Beliau berkata sedemikian selepas berkongsi hantaran pemilik Tanah Aina, Puan Sri Sabrina Syed yang mengatakan; “Dah cakap pembangunan di Genting Highlands terlampau teruk. Hadaplah…” berserta bukti-bukti kerosakan jalan raya yang menuju ke lokasi tersebut.

WhatsApp-Image-2022-12-17-at-1.06.52-AM.jpeg?resize=411%2C308&is-pending-load=1#038;ssl=1WhatsApp-Image-2022-12-17-at-1.06.52-AM-2.jpeg?resize=413%2C310&is-pending-load=1#038;ssl=1WhatsApp-Image-2022-12-17-at-1.06.52-AM-1.jpeg?resize=342%2C456&is-pending-load=1#038;ssl=1

Bagaimanapun, pada masa sama Aidil Khalid turut mengingatkan orang ramai bahawa, kita juga harus bermuhasabah.

“Kita doakan mudah-mudahan usaha mencari dan menyelamat berjalan lancar.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: