Tempatan

SJKC Atas Tapak SK: BERTINDAK Akan Adakan Sidang Media Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUCHONG, 13 November 2021 – Badan Bertindak Bandar Kinrara (BERTINDAK) akan mengadakan satu sidang media esok pagi bagi mempertahankan SJKC Too Joon Hing daripada dibina di Bandar Kinrara 5B.

“Susulan daripada sidang media oleh pihak AJK sementara SJKC Too Joon Hing pada pagi 11 November 2021 lalu yang cuba mempertahankan pembinaan SJKC ini daripada terus dihentikan, BERTINDAK juga akan mengadakan satu sidang media,” kata Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik, Pengerusi BERTINDAK.

“Saya ingin menjemput tuan puan, sahabat wartawan media untuk membuat sidang media pada 14 November, jam 9.00 pagi di tapak pembinaan SJKC Too Joon Hing BK5B, Jalan Kinrara 5B, 47180 Bandar Kinrara, Puchong.”

“Saya perlukan sokongan anda semua rakyat Malaysia demi Keluarga Malaysia yang bersatu hati,” tambah beliau.

Ujar beliau lagi, BERTINDAK dan penduduk Bandar Kinrara juga memerlukan sokongan daripada pihak media untuk mempertahankan tanah SK ini.

Mengakhiri kenyataan, Haji Mohamad Haron menyatakan, “Saya hendak tapak ini dipulangkan balik dan permohonan maaf dari mereka. Itu sahaja. Kita buat cara baik supaya mereka sedar diri.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: