Tempatan

Lokasi Kuil Sg Radin: Pihak Ladang Setuju Pindah – Prof Dr Hashim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini

REMBAU, 30 Oktober 2021 – Hasrat lebih 1,000 penduduk di dua perkampungan iaitu Kampung Lubok China, Sungai Timun dan Sungai Radin di sini terlaksana apabila pihak ladang bersetuju untuk membatalkan kuil yang dicadangkan untuk dipindahkan ke kawasan perkampungan Melayu di sini,” ujar Pengerusi Masjid Kariah Lubok China, Profesor Dr Hashim Hamad.

Menurutnya, selepas bermesyuarat pada 26 Oktober lalu, pihak ladang di Bukit Bertam telah bersetuju untuk memindahkan kuil Hindu tersebut ke kawasan yang jauh dari penempatan orang Melayu agar tidak mengganggu keharmonian penduduk kampung yang terlibat.

Mesyuarat itu diadakan sehari selepas perhimpunan aman membantah permindahan sebuah kuil yang didakwa berusia 100 tahun dari Ladang Bukit Bertam ke kawasan berhampiran penempatan penduduk Melayu di sini.

Tambah Profesor Dr Hashim Hamad, pihak ladang meminta penangguhan selama seminggu untuk menyiapkan surat rasmi bagi membuktikan pembatalan itu tertulis di dalam surat hitam putih dan akan menyerahkan kepada persatuan penduduk dan pihak-pihak yang terlibat dalam masa terdekat.

Ujar beliau lagi, pihak polis dari Jabatan Jenayah, Bukit Aman juga turun memantau pada hari mesyuarat kerana khuatir hal berkaitan isu agama ini boleh mencetuskan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan perbincangan berlaku secara aman dan harmoni tanpa ada sebarang kekecohan dan salah laku baik dari penduduk mahupun di pihak ladang dan pihak kuil sendiri.”

Samudera.my diberitahu bahawa kuil itu akan dialihkan ke kawasan yang tidak ada perumahan atau kampung Melayu yang berdekatan dan penduduk kampung juga tidak ada masalah dan berpuas hati dengan keputusan yang dicapai setakat ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: