Antarabangsa

Sweden Pertimbang Haramkan Pembakaran Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

STOCKHOLM, 07 Julai 2023 – Kerajaan Sweden sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan tindakan membakar kitab suci al-Quran, kata Menteri Kehakiman Sweden, Gunnar Strommer sepertimana yang dilaporkan sebuah berita tempatan berbahasa Inggeris.

Kata beliau, insiden membakar al-Quran di luar Masjid Stockholm baru-baru ini oleh seorang pendatang Iraq ke Sweden telah menjejaskan keselamatan negara tersebut.

Tindakan itu telah membangkitkan kemarahan seluruh negara Islam di dunia di samping turut mendapat kecaman daripada Ketua Gereja Katolik, Pope Francis.

BACA JUGA: Rentetan Kes Cekik Adik Sendiri, Pihak Sekolah Digesa Tidak Sembunyikan Kes Buli

BACA JUGA: PRN: 661, 905 Pengundi Muda Lingkungan 18-20 Tahun

BACA JUGA: ‘BN Perasuah’: Kenyataan Pua Selari ‘Agenda’ DAP, Kata Bekas Pemimpin Parti

Dalam masa yang sama, Perkhidmatan Keselamatan Sweden berkata tindakan sedemikian turut menyebabkan negara itu berada dalam keadaan kurang selamat.

Susulan daripada itu, Gunnar Strommer berpendapat bahawa Sweden telah menjadi “sasaran keutamaan” untuk serangan dan pihak kerajaan sedang mengkaji sama ada perlunya perubahan pada undang-undang.

“Kita dapat lihat bahawa pembakaran al-Quran minggu lalu telah mendatangkan ancaman kepada keselamatan dalaman kita,” katanya.

Insiden membakar al-Quran yang dilakukan oleh seorang lelaki di luar masjid utama Stockholm pada minggu lalu telah mendapat kecaman daripada kerajaan Sweden dan menyifatkan tindakan pelampau itu sebagai tindakan ‘Islamofobia’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: