Antarabangsa

Al-Azhar Gesa Negara Islam Boikot Produk Belanda & Sweden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAHERAH, 26 Januari 2023 – Al-Azhar Al-Sharif menggesa negara-negara Islam dan Arab memboikot semua produk buatan Belanda dan Sweden susulan tindakan provokasi terhadap kitab suci al-Quran.

Menerusi satu kenyataan, mereka menyeru semua umat Islam dan masyarakat Arab memboikot produk kedua-dua negara itu sekali gus berpendirian teguh dalam mengangkat kitab suci umat Islam, al-Quran.

Ia juga dianggap sebagai satu tindak balas yang wajar terhadap kerajaan negara berkenaan yang telah menyinggung perasaan 1.5 bilion umat Islam seluruh dunia.

Kenyataan itu menyebut, “They have gone to excess in guarding the mean and barbaric crimes perpetrated under the specious inhumane and immoral banner or their so-called “freedom of expression.”

Tegas Al-Azhar, “They should better call it the dictatorship of chaos and evil manners and highhandedness against civilized nations clinging to Allah and the guidance of heaven.”

BACA JUGA: Perbuatan Bakar Al Quran Adalah Jenayah Yang Tidak Bertamadun – Pengerusi PEMBELA

BACA JUGA: Per*gol Tukar Jantina Selepas Didakwa Di Mahkamah

BACA JUGA: PPIM Gesa Pengguna Boikot Produk Sweden

Dalam pada itu, mereka menekankan keperluan untuk mematuhi boikot ini dan mendidik kanak-kanak, belia dan wanita mengenainya. Ujar mereka, keengganan berbuat sedemikian adalah kegagalan untuk menyokong agama.

Menurut Al-Azhar, pelampau itu tidak akan pernah menghargai nilai agama melainkan mereka menghadapi keperluan dari segi kewangan, ekonomi dan material yang mencabar.

Merujuk pada Surah Ar-Rum, ayat 7, mereka turut berkata, “True are the Qur’anic words that read, “They know what is apparent of the worldly life, but they, of the Hereafter, are unaware.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: