Antarabangsa

TV Siar Peta Palestin Undang Kemarahan Duta Israel – Sweden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWEDEN, 15 Disember 2022 – Susulan menyiarkan peta Palestin tanpa kewujudan Israel di kaca televisyen, saluran televisyen Sweden, Kanal 5 (Channel 5) telah menerima kemarahan kedutaan Israel di negara itu.

Menurut portal antarabangsa, Kanal 5 telah memaparkan peta Palestin, bendera berserta Qubbah As-Sakhrah di Masjidil Aqsa dalam sebuah rancangan permainan saluran tersebut.

Peta berkenaan menunjukkan nama bandar-bandar Palestin yang telah dikenal pasti dengan nama asalnya tanpa menyebut satupun bandar Israel.

Ia telah mengundang kemarahan kedutaan negara haram itu sekali gus mempersoalkan tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan oleh Kanal 5 apabila tidak menyebut Israel dalam peta tersebut.

Menerusi ciapan undian (poll) di laman Twitter, mereka berkata, “Apa yang patut Kanal 5 lakukan apabila mereka menggunakan sebuah peta daripada Pinterest yang memadam Negara Israel?”

Antara pilihan jawapan yang diberikan adalah membuat semakan rujukan grafik, menggunakan lebih banyak masa untuk menyelidik, memohon maaf dan kesemua di atas.

Susulan ciapan berkenaan dikeluarkan, penerbit rancangan telah memohon maaf dan mengesahkan bahawa ‘masalah’ itu akan diselesaikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: