Antarabangsa

Ribuan Berhimpun Bantah Pembakaran Al-Quran Di Sweden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

STOCKHOLM, 11 Julai 2023 – Kira-kira 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di tengah Stockholm bagi membantah pembakaran al-Quran di Sweden pada Ahad baru-baru ini.

Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, perhimpunan tersebut berlaku di dataran berhampiran Masjid Stockholm iaitu masjid di mana seorang pelampau bertindak membakar al-Quran pada 28 Jun lalu.

Menurut Pengerusi Persatuan Islam Bersatu Sweden, Mustafa Issa yang menganjurkan protes tersebut, pembakaran al-Quran merupakan ucapan kebencian yang tidak dibenarkan.

BACA JUGA: Anak Muda Kita Tiada Tempat Untuk Bersukan-Mantan Timbalan Menteri Belia & Sukan

BACA JUGA: Scam Facebook, Instagram Undang Kerugian Lebih RM300 Juta

BACA JUGA: Jemaah Haji Malaysia Diiktiraf Paling Berdisiplin

Dalam insiden 28 Jun lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Salwan Momika bertindak membakar kitab suci al-Quran di luar masjid utama Stockholm.

Tindakannya itu mendapat kutukan keras daripada kerajaan Sweden yang menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan Islamofobia.

Dalam masa yang sama, beberapa negara di Asia Barat turut mengecam tindakan lelaki berkenaan selain memberi amaran bahawa tindakannya itu ‘membangkitkan’ perasaan marah umat Islam di seluruh dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: