Antarabangsa

Sweden Rekod Kes Pertama Monkeypox

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

STOCKHOLM, 18 OGOS 2024 – Kes pertama monkeypox Clade 1 di luar Afrika telah direkodkan berlaku di Sweden, sebagaimana yang telah diumumkan oleh pihak berkuasa kesihatan Stockholm.

Namun dalam pengumuman yang bersama, pihak berkuasa kesihatan tersebut turut menegaskan bahawa tidak terdapat sebarang risiko terhadap orang awam secara umumnya walaupun terdapat kes yang telah direkodkan.

Pengumuman tersebut menyatakan, “Individu yang terkesan itu turut telah dijangkiti sewaktu berada dalam sebuah kawasan di Afrika yang mana terdapat penularan yang besar bagi monkeypox Clade 1”.

“Mpox” adalah sebuah istilah yang telah dimulakan oleh WHO, yang mana ianya telah diubah pada November 2022 bagi “mengelakkan stigma” yang dikaitkan dengan monyet dan Afrika.

Jenis virus yang pada mulanya telah mendapat perhatian khusus WHO, kini telah dikenali sebagai Clade 2. Kes di Sweden itu adalah melibatkan Clade 1b yang pada mulanya muncul pada September tahun lalu dalam kalangan pelacur di Kamituga, Congo.

Sejak daripada kejadian tersebut, beberapa lagi kes telah direkodkan di Rwanda, Burundi dan Kenya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: