Antarabangsa

Lagi Kejadian Bakar Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DENMARK, 25 Julai 2023 – Dua orang pelampau telah bertindak membakar naskhah al-Quran di hadapan kedutaan Iraq di Copenhagen pada Isnin lalu. Perbuatan melampau tersebut dilakukan pada masa di mana negara-negara Islam masih marah terhadap tindakan yang sama yang dilakukan di Sweden.

Mereka yang melakukan perbuatan melampau di Copenhagen itu mendakwa diri mereka adalah dari sebuah organisasi yang dipanggil “Danish Patriots”.

BACA JUGA: LGBTQ Serang Umat Islam, Mula Doktrin Kanak-Kanak

BACA JUGA: Pengikut Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Cabar Pihak Berkuasa

BACA JUGA: Bakar Al-Quran: Kementerian Luar Negeri Panggil Duta Sweden

Organisasi tersebut yang mempunyai ratusan pengikut di kumpulan persendirian Facebook, juga telah melakukan perbuatan melampau yang sama pada minggu lalu di mana ianya telah disiarkan secara langsung di media sosial.

Kejadian yang berlaku pada hari Isnin itu telah menyaksikan bahawa para penganjur tindakan melampau itu telah bertindak memijak naskhah al-Quran sebelum membakarnya di dalam sebuah dulang.

Dulang tersebut diletakkan di atas tanah, bersebelahan dengan bendera Iraq yang juga dihamparkan pada tanah.

Tindakan melampau itu dilakukan hanya dua hari setelah Baghdad bertindak menghalau duta Sweden dan memanggil pulang wakilnya dari Sweden setelah Stockholm berulang kali meluluskan tindakan pembakaran al-Quran di negara mereka.

Perbalahan diplomatik di antara kedua negara tersebut telah tercetus sejak bulan lalu apabila pihak polis Sweden telah membenarkan seorang warga Iraq melakukan protes dengan membakar al-Quran di Stockholm.

Sebuah lagi aksi protes juga telah dilakukan di luar kedutaan Iraq di Sweden pada Khamis lalu, di mana pelampau telah bertindak memijak al-Quran walaupun tidak membakarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: