Tempatan

Kerajaan Ratu UK Tolak Cadangan Suruhanjaya Reid Benarkan Bahasa Cina & Tamil Diguna Bagi Tempoh 10 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 Julai 2023 – Peguam bagi pihak perayu, Tn Aidil Khalid, semalam, membentang Hansard Sidang Parlimen United Kingdom yang membahaskan tentang persoalan kenapa kerajaan Ratu United Kingdom, menolak cadangan Suruhanjaya Reid untuk membenarkan penggunaan Bahasa Cina dan Tamil dalam perundangan untuk satu tempoh sehingga 10 tahun lepas Merdeka.

Aidil Khalid membentangkan Hansard Parlimen UK yang dimasukkan dalam Ikatan Autoriti Perayu Pertama dan Perayu Kedua. Beliau berhujah, “Hansard Parlimen pada 12.07.1957 membentangkan berkenaan cadangan-cadangan bagi penubuhan Perlembagaan Persekutuan. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak dibantah oleh mana-mana pihak. Isu berkenaan bahasa hanya dibangkitkan dan dihujahkan di muka surat 16 dan 36 seperti berikut:-

Mr. Longden: …Thirdly, why do Her Majesty’s Government reject the Reid Commissions proposal that the Chinese and Indian languages should be used in the legislature for at least ten years? Fourthly, as they object to that proposal, are there to be interpreters in the Legislative Assembly?

Mr. Alport: My hon. Friend asked why Malay was to be the language of the Assembly. I think that the answer is fairly obvious, that it would be impossible to carry out effectively the parliamentary procedure on a bi-lingual or tri-lingual basis. The only way, as we have found from our own experience in this House, is by having one language, and it is quite clear that the language should be, as it is to be, Malay.

Selepas membentangkan hansard tersebut, beliau menyambung hujah berdasarkan laporan, kertas cadangan dan hansard yang dirujuk di atas, adalah jelas bahawa selain tidak disebut langsung mengenai meneruskan sistem pendidikan vernakular, Bahasa Melayu sebagai satu-satunya Bahasa Kebangsaan yang wajib digunakan untuk urusan rasmi, merupakan niat utama para perangka Perlembagaan dan Bapa-Bapa Kemerdekaan.

Malah, Bahasa Cina dan India adalah tidak dibenarkan di dalam Parlimen, dan Ahli Parlimen disarankan untuk menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Kebangsaan sebagai medium utama komunikasi untuk memudahkan urusan pihak-pihak. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa di Parlimen menunjukkan kepentingan dan kedudukan Bahasa Melayu yang diangkat sebagai Bahasa Kebangsaan.

“Walaupun petikan-petikan di atas tidak merujuk secara khusus kepada bahasa dalam sistem pendidikan, sebaliknya terhadap bahasa di Parlimen; tetapi harus difahami bahawa bahasa di Parlimen tidak boleh berdiri secara sendiri, sebaliknya sudah tentu harus disokong melalui penggunaan bahasa dalam arena-arena dan lapangan-lapangan lain, termasuk dalam sistem pendidikan.”

Jika mereka yang terpilih sebagai wakil rakyat di Parlimen dikehendaki untuk berbahas dalam Bahasa Melayu sepenuhnya, adalah munasabah untuk dirumuskan bahawa turut tersirat di sebalik keperluan tersebut adalah bahawa wakil-wakil rakyat itu mempunyai kefasihan dan kelayakan dalam Bahasa Kebangsaan, yang mana hanya dapat dicapai jika semangat kewajipan menggunakan Bahasa Kebangsaan untuk semua urusan rasmi termasuk dalam pendidikan diamalkan dan dikuatkuasakan sepenuhnya.”

Pendengaran hujah kes Rayuan Saman Sekolah Vernakular semalam bersidang selama hampir 5 jam di hadapan Hakim YA Datuk Supang Lian, YA Dato’ Gunalan A/L Muniandy, YA Dato’ Azizul Azmi Bin Adnan.

Persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan dalam pengurusan kes pada 6 Julai 2023 atas permintaan peguam perayu dan peguam-peguam responden.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: