Antarabangsa

Lelaki Koyak Al-Quran, Penjenayah Berketurunan Iraq Yang Direkrut Mossad – Portal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEHRAN, 11 Julai 2023 – Kementerian Perisikan Iran berkata warga Iraq yang membakar senaskah al-Quran di luar masjid di ibu kota Sweden, Stockholm, bekerja dengan agensi pengintip rejim Zionis, Mossad dan terlibat dalam aktiviti pengintipan terhadap kumpulan penentang.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata bahawa Salwan Momika dilahirkan di Iraq pada 1986 dan diupah oleh Mossad pada 2019.

BACA JUGA: Tular Video Queer Bernikah, Netizen Bidas Penyokong LGBT

BACA JUGA: Lagi Insiden Bakar & Campak Al-Quran, Kali Ini Di Jerman

BACA JUGA: Dua Lelaki Maut Dihanyut Arus Deras Ketika Mencari Kepah

Selepas direkrut oleh agensi pengintip rejim Zionis, Salwan Momika telah memainkan peranan utama dalam mengintip gerakan penentangan dan memajukan projek perpecahan Iraq, kata Kementerian Perisikan.

Kementerian Perisikan Iran menggariskan bahawa pembakaran al-Quran oleh Momika adalah sebahagian daripada projek rejim Zionis untuk mengalih perhatian orang ramai daripada tertumpu kepada kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di bandar Jenin di Tebing Barat.

Penodaan terhadap kitab suci umat Islam itu telah dianjurkan dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mewujudkan propaganda media dan meminggirkan berita tentang jenayah kejam yang semakin berleluasa oleh rejim Zionis di Tebing Barat, terutamanya di Jenin yang ditindas.

Ini adalah amalan biasa di kalangan rejim Zionis, yang bersama-sama dalam setiap projek pembunuhan dan pemusnahan.

Pada 28 Jun, pendatang Iraq itu memijak al-Quran sebelum meletakkan beberapa muka surat di hadapan masjid terbesar di Stockholm. Penghinaan terhadap kitab suci umat Islam itu dibuat di bawah kebenaran dan perlindungan polis Sweden.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: