Antarabangsa

Serangan Pengganas Bakal Tercetus Di Afrika Selatan – Kedutaan US

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFRIKA SELATAN, 27 Oktober 2022 – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan amaran mengenai terdapat kemungkinan bahawa pengganas akan melancarkan serangan yang mensasarkan perkumpulan yang ramai di Afrika Selatan.

Amaran keselamatan tersebut menyatakan bahawa serangan tersebut berkemungkinan akan berlaku di kawasan sekitar Sandton. Namun kedudukan sebenar kemungkinan serangan tersebut berlaku adalah tidak dinyatakan.

Menurut kenyataan tersebut, “Kerajaan AS telah menerima maklumat bahawa pengganas mungkin sedang merancang untuk melancarkan satu serangan yang mensasarkan perkumpulan besar orang ramai di lokasi yang tidak dinyatakan secara terperinci, di kawasan Sandton.”

“Tiada maklumat lanjut mengenai jangkaan masa, kaedah ataupun sasaran bagi serangan yang mungkin berlaku.”

Pihak kedutaan telah menasihati semua pegawainya agar tidak menghampiri kawasan yang sesak serta perkumpulan yang besar di sekitar rantau tersebut sepanjang hujung minggu ini.

Menurut seorang menteri, Mondli Gungubele, kerajaan mereka masih belum menemui sebarang bukti berkenaan kemungkinan serangan tersebut namun agensi-agensi penguatkuasaan negara tersebut sedang giat melakukan penyiasatan bagi ancaman ini.

Pada 5 Oktober lalu, kedutaan AS telah mengemas kini bahagian saranan pelancongan di Afrika Selatan dengan mengatakan bahawa negara tersebut kini sedang berdepan dengan “jenayah ganas serta pergolakan domestik” yang berleluasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: