Antarabangsa

AS Persiap Pesawat Untuk ‘Hari Kiamat’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LINCOLN, NEBRASKA, 07 Mac 2022 – Amerika Syarikat (AS) mempersiap pesawat ‘Hari Kiamat’ untuk melindungi pegawai-pegawai tinggi kerajaan sekiranya berlaku serangan nuklear.

Laporan itu dipetik dari akhbar Daily Mail apabila pesawat istimewa itu menjalani Latihan penerbangan selama empat jam selepas ancaman daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Pesawat Boeing E-4 yang bernilai AS$200 juta (RM838.5 juta) itu direka khas dengan dilengkapi pusat arahan lengkap untuk presiden dan pegawai-pegawai tertingginya termasuk Setiausaha Pertahanan dan Ketua Turus Bersama dalam kes perang nuklear atau kecemasan negara.

Malahan, pesawat itu juga mempunyai kemampuan untuk terbang di udara selama seminggu penuh tanpa perlu mendarat.

Pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai itu telah dikesan oleh tapak pengesanan penerbangan tentera apabila ia berlepas dari pangkalan Tentera AS di bandar Lincoln, Nebraska.

Baru-baru ini, Putin mengarahkan ketua pertahanannya meletakkan pasukan pencegahan nuklear dalam keadaan bersiap sedia. Beliau juga mendakwa bahawa barat mengambil langkah yang tidak mesra terhadap Russia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: