Antarabangsa

China Dakwa NATO Ancaman Keamanan Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 14 JULAI 2022 – Menteri Luar China baru-baru ini telah membuat kenyataan bahawa sebenarnya Amerika Syarikat (AS) dan Persatuan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) merupakan pihak yang meruntuhkan keamanan dunia dengan mencetuskan konflik serta memulakan peperangan.

Menurutnya lagi, kedua-dua pihak tersebut juga sebenarnya hanyalah memenuhi kepentingan Washington yang bersifat mementingkan diri, dengan mengorbankan ramai orang awam yang tidak bersalah di serata dunia.

“Sejarah NATO adalah satu, ianya adalah mengenai mewujudkan konflik dan memulakan perang. Mereka sewenang-wenangnya melancarkan peperangan dan membunuh orang awam yang tidak bersalah, sehingga ke hari ini,” dakwa jurucakap Menteri Luar Chima, Zhao Lijian.

“Fakta-fakta telah membuktikan bahawa China bukanlah pihak yang mencabar NATO, tetapi NATO sebenarnya yang telah mencabar keamanan serta keselamatan dunia,” ujar Zhao setelah NATO memberikan tanggapan negatif mengenai China.

Sebelum ini, NATO telah mendakwa bahawa China telah membina kekuatan ketenteraannya termasuklah senjata nuklear. China juga, menurut NATO telah memerhatikan dan mengawal rakyatnya menggunakan teknologi canggih serta menyebarkan penipuan kepalsuan dari pihak Rusia.

Ketegangan di antara NATO dan China telah meningkat secara mendadak sejak Rusia melancarkan kempen ketenteraannya bagi melawan Ukraine pada bulan Febuari tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: