Antarabangsa

Barat Guna Polisi ‘Suka Perang’ Untuk Kekal Mendominasi – Presiden Syria

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 29 November 2022 – Presiden Syria, Bashar al-Assad menyatakan bahawa Barat kini menggunakan polisi perang di seluruh dunia bagi memastikan dominan kuasa itu berterusan.

Pada kenyataan yang sama, Assad turut menegaskan bahawa sistem hegemoni tersebut akan lenyap jika siri peperangan dan konfrontasi ketenteraan yang kini dibiayai oleh beberapa negara Barat dihentikan.

Beliau membuat kenyataan demikian ketika dalam sebuah pertemuan dengan Perdana Menteri Belarus, Roman Golovchenko di Damsyik, Khamis lalu.

Dalam pertemuan tersebut, Assad telah memuji lawatan tersebut sebagai sesuatu yang penting bukan hanya dari sudut kesepakatan dua pihak yang telah dipersetujui, malah juga sebagai sebuah langkah yang penting dan berkesan untuk projek-projek pelaburan bersama yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua Syria dan Belarus.

Assad turut menyatakan bahawa Belarus telah menjadi mangsa sekatan pihak Barat berikutan kedudukannya yang strategik yang terletak di pusat tumpuan Eropah serta berikutan kedaulatan negara tersebut dalam membuat sebarang keputusan dan polisi.

Beliau terus menerus menzahirkan penghargaan terhadap sokongan Belarus terhadap Syria ketika mana negara Arab tersebut sedang dalam peperangan menghadapi pihak takfiri yang dibiayai oleh pihak asing.

Manakala Golovchenko pula menyatakan bahawa terdapat potensi yang besar bagi memperkasakan kerjasama bersama di antara Minsk dan Damsyik dengan memberi tumpuan terhadap perihal perniagaan Belarus yang kini sedang dalam persediaan untuk memulakan pelbagai projek di Syria.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: