Semua Polisi AS Di Asia Barat Gagal
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 04 Januari 2023 – Seorang penulis menyatakan bahawa kesemua polisi yang dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat gagal dan penguasaan negara tersebut kini berada di ambang pengakhiran.
Massoud Shadjareh yang juga merupakan ahli Islamic Human Right Commission mengatakan bahawa polisi asing AS itu adalah kaedah bagi memenuhi kehendak industri persenjataan serta kehendak Zionis.
BACA JUGA: Kes Saman Malaysiakini: PEMBELA Kecam Campur Tangan Negara Amerika Syarikat, Britain Dan Kanada
BACA JUGA: Naratif Rasmi Tentang 9/11 Palsu-Pembantu Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat
BACA JUGA: Presiden Iran Selar Amerika Jaguh Huru-Hara Dan Sabotaj
Beliau turut menyatakan bahawa AS kini menjadi lebih bersifat “menindas” serta “agresif” berikutan keadaannya kini yang semakin kehilangan kuasa. Menurutnya,
“Apa saja polisi yang kamu lihat, ianya sebenarnya sedang berada dalam kejatuhan kerana AS kini sedang jatuh, ianya sedang kehilangan kuasa dan mereka sebenarnya menyedari hal itu. Disebabkan itu, mereka menjadi lebih menindas dan agresif.”
Rusuhan yang berlaku di Iran baru-baru ini adalah bertujuan untuk melakukan perubahan rejim di negara tersebut, namun ianya gagal sebagaimana dijelaskan oleh Shadjareh.
Beliau juga mengulas berkenaan rusuhan tersebut yang ditunjang oleh AS berikutan usaha AS dalam membuat “kempen tekanan sepenuhnya” terhadap Iran telah gagal.
Shadjareh turut memberi penjelasan berkenaan hakikat polisi-polisi AS di Asia Barat dan Amerika Selatan sebenarnya adalah menurut kehendak sekumpulan kecil pelobi yang terdiri daripada golongan Zionis dan industri persenjataan.