Antarabangsa

Doktor Digantung Kerja 9 Bulan Kerana Minta Pesakit Muslim Tanggalkan Niqab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DERBY, 27 Oktober 2022 – Seorang doktor dari Derby digantung kerja selama sembilan bulan selepas meminta seorang pesakit wanita Muslim untuk menanggalkan niqabnya tanpa sebarang keperluan, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Doktor tersebut yang dikenali sebagai Dr Keith Wolverson berusia 56 tahun itu juga didakwa melakukan beberapa tindakan salah laku yang “serius” pada awal tahun ini oleh tribunal perubatan.

Dalam insiden lain, dia pernah menulis dalam nota 15 pesakitnya dengan mengkritik kemahiran berbahasa Inggeris mereka serta ahli keluarga mereka antara bulan Januari hingga April 2018, dengan mengatakan bahawa ia “tidak boleh diterima” dan “tidak cukup baik”.

Menurut Pengerusi Tribunal, Duncan Toole, beliau mengatakan,

“Tribunal terus mempertimbangkan kepentingan awam dalam kes ini dan keperluan untuk meyakinkan orang ramai terhadap profesion ini. Tindakan Dr Wolverson didapati sangat memalukan di mana ia akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap profesion ini. Ia mengingatkan dirinya bahawa Dr Wolverson telah bertindak balas secara tidak jujur terhadap aduan pesakit, berulang kali meminta untuk menanggalkan niqab dan membuat kenyataan menyinggung dalam rekod perubatan.”

Jelas beliau lagi, berikutan Dr Wolverson telah berkhidmat selama lebih dari 25 tahun sebagai doktor, pihak tribunal memutuskan bahawa penggantungan doktor tersebut adalah wajar dan seiring dengan keperluan orang awam untuk memerlukan doktor yang baik.

Dr Wolverson dalam penghujahannya bertulisnya bagaimanapun menyatakan,

“Saya tidak lagi meminta menanggalkan niqab dan tidak akan berbuat demikian kecuali dalam keadaan yang sangat khusus. Contohnya jika perlu untuk memeriksa kecederaan muka yang mungkin memerlukan jahitan luka.”

Namun, Dr Wolverson merancang untuk membuat rayuan terhadap keputusan tersebut kerana katanya keputusan itu berisiko untuk “merompak” doktor yang berpengalaman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: