‘Perkhidmatan Rahsia’ Kawal Media Barat-Kremlin
RUSIA, 03 Ogos 2023 – Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov telah mengeluarkan kenyataan pada Rabu lalu bahawa Amerika Syarikat (AS) dan para sekutunya telah menggunakan media mereka dalam peperangan dengan Rusia.
Peskov juga dalam kenyataan yang sama memberitahu bahawa AS dan para sekutunya sebenarnya menggunakan operasi media tersebut di bawah penapisan pihak tentera.
Ujarnya, “Terdapat banyak rangkaian media yang serius (di Barat), ramai para wartawan yang berbakat, pintar, profesional, namun kini sejak mereka melancarkan perang terhadap kita, mereka benar-benar sepenuhnya berada dalam penapisan tentera”.
BACA JUGA: Melaka Umum Bantuan Khas Penghargaan RM300 Buat Penjawat Awam Negeri
BACA JUGA: Video Tular: Peniaga Durian Dirompak & Diacukan Pistol, Individu Diburu
BACA JUGA: Dakwa Lokasi Sebenar Kaabah Di Jordan, Mufti Pahang Gesa Pengikut Ahmadi Religion Bertaubat
Kenyataan tersebut dibuat sewaktu beliau menjadi salah seorang panel dalam perbincangan berkenaan elemen-elemen dalam kejuruteraan sosial di bandar Solnechogorsk.
Menurut Peskov lagi, rangkaian-rangkaian Barat “menerima arahan dan manual daripada ‘perkhidmatan-perkhidmatan rahsia’ yang mana mereka mendapat kebocoran maklumat – yang mana kebanyakannya, dan selalunya adalah kepalsuan yang disediakan secara khusus dan profesional – dan dilakukan pada setiap masa”.
Beliau turut menambah bahawa rangkaian-rangkaian media yang paling berpengaruh di dunia adalah “malangnya media Anglo-Saxon, Amerika dan British”.
Beliau turut menyentuh mengenai media Rusia dengan mengatakan, “Rusia kini bersaing dengan mereka secara berhati-hati, namun agak berjaya”.
Peskov juga pernah membuat kenyataan mengenai perkara yang sama pada Mei lalu di mana beliau menyatakan kepada sebuah stesen TV Serb Bosnia bahawa pihak Barat “terus menjadi histeria” dan mengenepikan komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara apabila Rusia cuba untuk memecahkan monopoli media mereka.
Beliau juga menyentuh tentang pendirian Kremlin untuk tidak memberi sebarang temu bual dengan media-media Barat sejak awal 2022 dengan menyatakan bahawa perbuatan tersebut tiada guna, melainkan rangkaian-rangkaian media tersebut mula menunjukkan “sekurang-kurangnya sedikit minat terhadap kebenaran”.