Tempatan

PKP 3.0: Agong Harap Semua Duduk Di Rumah

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Mei, 2021- KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika tiada keperluan mendesak susulan keputusan Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bermula esok (12 Mei, 2021) sehingga Jun 7, 2021.

“Seri Paduka Baginda juga menyeru semua pihak mengenepikan perbezaan dan kepentingan diri masing-masing untuk bersama berganding bahu membantu Kerajaan serta para petugas barisan hadapan menjayakan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan usaha-usaha memerangi wabak ini,” ujar Dato’ Indera Ahmad Fadi Shamsuddin Datuk Pengelola Bijaya Diraja dalam kenyataan media Istana Negara hari ini.

Oleh hal yang demikian, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat melipatgandakan lagi usaha yang sedang dan akan dilakukan untuk melandaikan kes positif harian wabak ini yang telah memberikan kesan kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang.

“Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini dan menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri, Seri Paduka Baginda dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mengambil kesempatan ini mengajak rakyat untuk bersama Baginda berdua mendoakan semoga negara sentiasa diberkati dan dilindungi serta ancaman wabak COVID-19 ini dapat diakhiri dengan segera,” katanya lagi.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button