Antarabangsa

Genosid Uighur: Situasi Semasa Di Xinjiang Adalah Yang Terbaik – China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PBB, AMERIKA SYARIKAT, 11 Mei 2021 – China mendesak Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Britain untuk membatalkan sidang video bagi membincangkan tindakan keras Beijing terhadap etnik minoriti Islam Uighur, selain meminta anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) tidak menyertainya.

China juga mendesak penaja bersama untuk segera membatalkan program itu yang didakwa mengganggu urusan dalaman China dan meminta negara anggota lain menolak program berkenaan.

“Situasi semasa di Xinjiang adalah yang terbaik dalam sejarah dengan kestabilan, pembangunan ekonomi yang pesat dan wujud keharmonian bersama antara semua etnik,” dakwa wakil misi diplomatik China ke PBB dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu juga mendakwa sidang video yang dijadualkan berlangsung esok adalah berdasarkan kepada pembohongan semata-mata dan politik berat sebelah.

Kumpulan hak asasi melaporkan, sekurang-kurangnya sejuta minoriti Uighur dan minoriti kecil Muslim lain ditahan di kem di wilayah Xinjiang barat laut China dengan wanita dimandulkan secara paksa dan menjadi tenaga buruh.

Selain itu, jutaan umat Islam di China turut berdepan kesukaran di bawah sistem pengawasan dan kawalan yang ketat.

Bukan itu sahaja, menurut Facebook, China juga cuba mengintip masyarakat Uighur yang tinggal di luar negara dengan cara cuba menipu mereka untuk mengklik pautan laman web dan memerangkap melalui kod yang membinasakan.

Pada pertemuan yang dianjurkan oleh Human Rights Watch esok, duta besar AS, Jerman dan Britain ke PBB akan bersuara untuk orang Uighur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: