Pendapat

KENAPA NAMA YANG DI-PERTUAN AGONG TERUS DIBURUKKAN?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Setelah lebih setahun Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, belum habis-habis lagi nampaknya usaha memburuk-burukkan nama Yang di-Pertuan Agong walaupun Istana Negara telah berkali-kali membuat penjelasan mengenainya.

Terbaru, seorang individu menulis di tweetnya begini: “Najib sahkan YDP Agong yang minta UMNO sokong Muhyiddin selepas Tun Mahathir letak jawatan.” (Rujuk: https://twitter.com/amofficialmy/status/1369123741993594884)

Tweet ini dibalas pula oleh tweet-tweet lain seperti begini:
(1) “Kalau betul 7 sultan, 1 raja dan 1 Yang dipertuan besar lakukan perkara ini. Ia sangat mengecewakan dan apa lagi harapan yang rakyat Malaysia ada?” (Rujuk: https://twitter.com/Hafizfrd/status/1369158649310973952)

(2) “No wonder lah bila PH ada bukti SD sokongan majoriti 114 MP agong tutup pintu istana tak nak jumpa.” (Rujuk: https://twitter.com/BinLaden824/status/1369135115494780940)

(3) “maknanya betullah royal coup. mmg bgsawan ni suka umno sbb satu kapal.” (Rujuk: https://twitter.com/pearlteaz83/status/1369426723536859138)

Tweet-tweet ini disambut pula dalam facebook seperti begini:
(1) “Itu sebab (Yang di-Pertuan Agong) berehat di ijn. Kita boleh agak. Cuma Allah tak jadikan betul2 sakit. Tunggu aje lah. Dulu bapak yg nampak hebat, termati juga.” (Rujuk: https://facebook.com/story.php…)

Soalnya mengapa usaha memburuk-burukkan nama Yang di-Pertuan Agong masih berterusan?

Tidak bolehkah dilakukan sesuatu yang benar-benar tegas untuk menghalang perkara ini?

Dr Kamarul Zaman Yusoff

Pautan Asal: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/4109470899096937

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kaitan dengan pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker