Tempatan

Nahas LRT Kelana Jaya Line: Agong Zahir Dukacita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan terkejut dengan berita kemalangan membabitkan pelanggaran dua tren Transit Aliran Ringan semalam.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana kesemua penumpang dalam kemalangan tersebut telah dapat dikeluarkan dari tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan segera bagi mendapatkan rawatan.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi penghargaan kepada para petugas keselamatan dan kecemasan atas kepantasan serta kesungguhan mereka dalam usaha menyelamat dan merawat mangsa-mangsa kemalangan terbabit,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

Mengakhiri kenyataan, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar insiden tersebut dijadikan iktibar kepada semua pihak berkaitan untuk memastikan ianya tidak berulang di masa hadapan bagi memastikan keselamatan para penumpang terjamin dan dipelihara dengan sebaiknya.

Pada hari Isnin, 24 Mei 2021, sebuah tren (TR40) yang tidak membawa penumpang telah bertembung dengan tren lain (TR81) yang membawa seramai 213 penumpang sehingga mengakibatkan kecederaan.

Seramai 21 mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), enam orang berada dalam keadaan kritikal manakala 15 lagi berada dalam keadaan separa kritikal.

Daripada 64 orang yang dikejarkan ke HKL, seramai 43 orang mangsa telah diberi rawatan pesakit luar.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, hasil siasatan awal oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapati nahas melibatkan dua buah tren transit aliran ringan (LRT) adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: