Tempatan

Pengharmonian Undang-undang Di Malaysia Dengan Prinsip Patuh Syariah Bezanya Dengan Pemerkasaan Bidangkuasa Mahkamah Syariah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dengan kuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui enakmen Negeri Melayu dan Ordinan maka pengagihan cabang kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman ditetapkan selaras dengan kedudukan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah persekutuan.

Lanjutan kerangka yang diperkenalkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, maka bidangkuasa awam diteruskan di bawah Mahkamah Kehakiman Persekutuan (federal judicial courts), manakala Mahkamah syariah atau Mahkamah Orang Islam yang mempunyai bidangkuasa khas untuk mengadili personal law dan class law bagi orang Islam dikekalkan di Negeri.

Perjuangan untuk memperkasakan bidangkuasa Mahkamah syariah sahaja seperti dalam ruang lingkup Butiran I Senarai II Jadual Kesembilan, dengan meninggalkan kewajipan untuk memperkasakan prinsip patuh syariah dalam sistem kehakiman negara secara keseluruhannya adalah satu perjuangan berlandaskan pemikiran sekular.

Prinsip kedaulatan Malaysia sehingga kini adalah patuh syariah seperti termaktub menurut Perkara 181(1) yang dibaca bersama dengan Perkara 3, 11, 71, Jadual Keempat dan 162 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, bukan sahaja hakim Mahkamah Syariah bertanggungjawab untuk mendaulatkan undang-undang dan kaedah berprinsipkan patuh syariah, malah setiap hakim yang berkhidmat dengan Mahkamah kehakiman Persekutuan. Tanggungjawab tersebut terletak sama di atas bahu ahli badan perundangan dan eksekutif di Persekutuan dan Negeri dalam bidangkuasa masing-masing.

Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain

Profesor Madya
Fakulti Pengurusan Industri
Universiti Malaysia Perlis

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: