Fatwa SIS Sesat: Mahkamah Syariah Ada Bidang Kuasa Eksklusif – Mahkamah Rayuan
KUALA LUMPUR, 14 Mac 2023 – “Semasa membacakan keputusan majoriti pagi ini, Ruzima berkata, mereka memutuskan hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan isu fatwa itu.”
Berikut merupakan kenyataan dari laporan sebuah portal tempatan mengenai keputusan kes rayuan NGO Sisters in Islam (SIS) untuk mencabar fatwa yang dikenakan terhadap mereka oleh pihak berkuasa agama Selangor, sembilan tahun lalu.
SIS telah berusaha untuk membatalkan fatwa 2014 oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyatakan kumpulan wanita itu menganut fahaman liberalisme dan pluralisme agama serta menyeleweng daripada ajaran Islam.
BACA JUGA: Biadap! Jenama Terkenal Cetak Nama Allah Atas Baju
BACA JUGA: Pendakwah Gesa Kerajaan Perpaduan Tidak Tunduk Desakan LGBT
BACA JUGA: Firma SIMBA Sedia Perkhidmatan Undang-Undang Rentas Pelbagai Bidang Kuasa
Tegas Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali, SIS sepatutnya membangkitkan isu fatwa tersebut di hadapan Mahkamah Syariah dan bukannya Mahkamah Sivil.
Dalam keputusan hari ini, panel tiga anggota yang dipengerusikan oleh Hakim Has Zanah Mehat dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan oleh kumpulan hak wanita itu.
Has Zanah bersama Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali membentuk keputusan majoriti manakala Hakim M Gunalan membuat keputusan tidak bersetuju.