Tempatan

Prinsip Ultra Vires VS Basic Structure Doctrin – Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Perlembagaan Persekutuan mempunyai struktur asas yang dilindungi oleh prinsip ultra vires (yang juga dipopularkan sebagai doktrin ultra vires). Prinsip ultra vires termaktub dalam Perkara 4 yang boleh dikuatkuasakan melalui Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan.

Struktur asas perlembagaan ialah sejumlah elemen watan dan prinsip penting yang terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Doktrin struktur asas yang bercanggah dengan prinsip ultra vires tidak wajar diimpot ke dalam sistem perundangan negara kita.

Kedaulatan raja-raja menurut Perkara 181(1) yang mendukung keagungan undang-undang syariah, prinsip perundangannya dan keluhuran perlembagaan adalah intipati kepada syarat pematuhan kedaulatan undang-undang.

Perlembagaan Persekutuan sudah dilengkapi dengan prinsip ultra vires untuk memelihara kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaannya.

Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain

Profesor Madya
Fakulti Pengurusan Industri
Universiti Malaysia Perlis

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: