Tempatan

Ejen Mossad: Presiden UMNO Gesa Kementerian Luar Hantar Nota Bantahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 20 Oktober 2022 – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa Kementerian Luar mengemukakan nota bantahan kepada rejim haram aparteid Israel berhubung laporan mengenai penglibatan ejen perisikan rejim itu di Malaysia.

“Penglibatan ejen perisikan Israel menculik warga Palestin di Malaysia sangat serius. Semua tahu kita tiada hubungan diplomatik dengan rejim Zionis yang terkenal dengan dasar kezaliman dan isu hak asasi manusia,” ujar beliau, menurut berita tempatan.

Beliau turut meminta kementerian itu mengusulkan isu tersebut ke medan antarabangsa dan mengecam sekeras-kerasnya penglibatan haram negara Israel yang melakukan tindakan ‘terrorisme’ di Malaysia.

Ulasnya, penglibatan Israel dalam insiden culik ini bukan sahaja tidak menghormati kedaulatan negara, malah seolah mencabar kedaulatan Malaysia. Orang awam yang tidak bersalah juga boleh terkorban atau tercedera disebabkan operasi haram mereka di negara kita.

Tambah Ahmad Zahid, insiden yang baru terjadi juga bermakna Israel mempunyai aset risikan di negara ini dan ia harus dibanteras segera.

“Kementerian Dalam Negeri perlu membuat kenyataan yang lebih menyeluruh dan bukan hanya di peringkat baru meneliti kerana mereka mempunyai mekanisme yang efisien dalam sistem keselamatan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tentu 32 juta rakyat Malaysia sedang menanti langkah oleh pihak Kerajaan agar situasi ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang dan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat dengan perisikan asing haram itu tanpa sebarang kompromi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menumpaskan suspek kes berkenaan baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: