Antarabangsa

Pembunuh Upahan Mossad Di Malaysia?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 10 Januari 2022 – Ejen perisikan zionist Israel, Mossad yang telah menembak mati saintis roket Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh di Kuala Lumpur telah berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Gaza.

Dr Fadi telah ditembak 10 kali sehingga mati oleh dua orang bermotosikal semasa dalam perjalanan untuk bersolat jemaah di masjid.

Allahyarham merupakan pakar kejuruteraan elektik dalam penghasilan roket dan bertugas sebagai tenaga pengajar di UniKL.

Pembunuh itu dikatakan memasuki Malaysia dengan menggunakan pasport palsu dari Serbia dan Montenegro dan kemudian melarikan diri melalui laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand setelah membunuh ilmuan tersebut.

Kementerian Dalam Negeri Gaza berkata, “Kami telah memberkas seseorang yang terlibat dalam pembunuhan jurutera Fadi al-Batsh di Malaysia. Dia mengaku terlibat dalam pembunuhan tersebut, yang telah dilancarkan oleh Mossad Israel.”

Pembunuh tersebut telah diberkas oleh pihak berkuasa Gaza setelah intipan dilakukan ketika dia menuntut pembayaran upah dari pihak Israel.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Ka­ma­ruzaman telah menterjemahkan mesej bahasa Arab yang diterimanya mengenai berita penahanan ejen Israel tersebut.

“Pembunuh As-Syahid Fadi Al Batsh di tangan badan keselamatan di Gaza. Dia (suspek) masuk ke Gaza dan memerlukan duit lalu menghubungi pegawai yang mengaturnya dan memberinya tanggungjawab untuk membunuh Fadi Al Batsh (Dr. Fadi) maka dia ditanya pegawai, kau berada di mana?

Dia menjawab aku di Gaza, lalu pegawai naik gila bagaimana dia masuk ke Gaza (sebab akan tertangkap), pengintip dikejutkan apabila alat pengintipan bahagian perisikan Gaza menangkap butir bicara mereka lalu terus pergi menangkapnya, dan dengan izin Allah dia me­ngaku melaksanakan operasi di Malaysia bersama orang kedua dengan arahan Mossad. Dan dialah yang melepaskan tembakan terakhir yang membunuh Fadi dan dia tinggal bersama isterinya di Malaysia, dengan izin Allah kini dia berada di tangan badan keselamatan di Gaza”.

Leave a Reply

Back to top button