Antarabangsa

Iran Pula Tahan 10 Ejen Mossad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEHRAN, 25 Oktober 2022 – Iran berjaya menahan 10 orang ejen Mossad di wilayah Azerbaijan barat, lapor media antarabangsa.

Tambah media, kesemua mereka yang ditahan didapati berkomunikasi secara langsung dengan pegawai Mossad.

“Mereka membakar kereta dan rumah orang yang berkait dengan agensi keselamatan dan menerima wang tunai untuk mengambil gambar yang kemudiannya dihantar kepada ejen Mossad.”

Samudera.my sebelum ini melaporkan, operasi Mossad, agensi perisikan Israel disyaki telah beroperasi sejak tahun 2010, termasuk dua di Malaysia.

Menurut analogi yang dikeluarkan, kejadian bermula dengan serangan mati ke atas Masoud Alimohammadi di Tehran pada 12 Januari 2010.

Sebelum ini Malaysia dikecohkan dengan beberapa siri pendedahan warga tempatan dikaitkan Mossad terlibat dengan kerja perisikan dan penculikan seorang warga Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: