Kolumnis

Demi Mandat Rakyat, Penyamun dan Pencuri Rela Bekerjasama – Dr Kamarul Zaman Yusoff

Kuala Lumpur – “Soalnya ialah bagaimana kleptokrat, perompak, pencuri dan penyamun boleh menjaga kepentingan rakyat”?

Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Dr Kamarul Zaman Yusoff dalam hantaran Facebooknya beberapa hari lalu selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyatakan kesanggupan untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan rakyat.

Tambah Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, beliau tidak faham bagaimana semua parti boleh menggunakan kenyataan ‘demi manfaat rakyat’ sebagai justifikasi untuk bersama dengan UMNO atau parti lain menubuhkan kerajaan baharu di Perak.

“Ataukah UMNO tidak pernah atau kini sudah bukan lagi memegang gelaran kleptokrat, perompak, pencuri dan penyamun”? kata Dr Kamarul.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan kemungkinan bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu Perak.

Susulan kenyataan itu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Selvador Rizal Mubarak, Pengerusi AMANAH Perak Datuk Asmuni Awi dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming, memberitahu kesediaan mereka bekerjasama dengan mana-mana parti asalkan demi kepentingan rakyat.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button