PKR Nafi Dakwaan Pasangan Direkrut Mossad Ahli PKR
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SHAH ALAM, 19 Oktober 2022 – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa individu yang dipercayai direkrut oleh ejen perisikan Israel, Mossad bukanlah ahli parti tersebut.
“Saya sudah semak, mereka sah bukan anggota PKR,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan senarai nama 11 individu yang dihadapkan ke mahkamah dan dua daripadanya didakwa sebagai ahli PKR.
Pada 28 September lalu, seorang lelaki Palestin, ditahan dengan cara yang tidak berpatutan oleh sebelas individu bagi memperoleh rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.
Susulan kejadian itu, sejak Selasa, tular mengenai ejen perisikan Israel yang merekrut rakyat Malaysia bagi menculik dua lelaki warga Palestin yang dipercayai merupakan aset Briged Pejuang Hamas Al-Qassam.
Lapor samudera.my, seorang wanita tempatan yang berusia di pertengahan 30-an dipercayai menjadi ketua jaringan pengintip Mossad di Malaysia yang telah dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum 2018.
Wanita itu dipercayai dibayar hampir RM9,300 sebulan oleh Israel untuk perkhidmatannya dan dikatakan mempunyai beberapa orang lelaki tempatan yang bekerja dengannya.