Tempatan

Pihak Berkuasa Palestin Berterima Kasih Malaysia Berjaya Selamatkan Warganya Daripada Mossad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Oktober 2022 – Pihak berkuasa Palestin melalui Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara menzahirkan ucapan penghargaan kepada Malaysia yang telah berjaya menyelamatkan seorang rakyat Palestin yang diculik bulan lalu.

Menurut berita tempatan, polis Malaysia telah berjaya menyelamatkan seorang warga Palestin yang berasal daripada Semenanjung Gaza yang diculik Mossad, sekali gus mendedahkan aktiviti mereka di luar negara dan ahli rangkaian perisikan itu yang lebih besar.

“Walaupun kami mengucapkan terima kasih kepada polis dan perkhidmatan keselamatan Malaysia, kami mengecam jenayah yang dilakukan oleh rejim terhadap salah seorang rakyat Palestin kami di Malaysia,” ujar kementerian itu.

Susulan itu, pihak kementerian negara berkenaan turut menyeru agar pelakunya dipertanggungjawabkan dan dibicarakan.

Pada Mei tahun lalu, rejim haram aparteid Israel telah mengisytiharkan perang terhadap gerakan pejuang Palestin, Hamas di seluruh dunia. Pengawai tertinggi rejim Zionis berkata mereka akan mengejar semua pemimpin Hamas di mana pun mereka berada.

Laporan mengatakan tentera rejim haram aparteid Israel akan menyasarkan pemimpin Hamas bukan sahaja di wilayah Gaza, tetapi juga di Iran, Qatar, Turki dan juga Malaysia iaitu negara-negara yang dituduhnya menjadi tuan rumah, membiayai dan melatih pegawai Hamas.

Terkini, Menteri Dalam Negeri interim, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian tersebut dan akan mengambil tindakan sekiranya dakwaan ejen Mossad telah memasuki Malaysia adalah benar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: