Tempatan

Mufti Pulau Pinang Sokong Wanita 15 Juzuk Sertai Tilawah Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 22 Julai 2022 – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd. Noor menyokong sekiranya Siti Nuramira Abdullah, wanita 15 juzuk yang didakwa menghina agama Islam menjadi peserta tilawah al-Quran bagi mendengar sendiri bacaan 15 juzuk daripadanya.

Lapor FMT, beliau akan menyokong penyertaan wanita itu di mana-mana peringkat yang sesuai jika hafalannya bagus. Beliau menyerahkan kepada Siti Nuramira sekiranya ingin bertemu dengannya sendiri bagi memperdengarkan bacaan tersebut.

Beliau turut berharap agar wanita itu tidak mengulangi perbuatannya menghina agama Islam seperti yang dilakukannya sebelum ini.

“Semoga dia berubah menjadi penganut Islam yang baik dan taat kepada hukum-hukum agamanya,” ujar Mufti Pulau Pinang.

Sebelum ini, FMT melaporkan bahawa Wan Salim pernah mempelawa Siti Nuramira untuk datang ke pejabatnya bagi memperdengarkan sendiri bacaan 15 juzuk al-Quran.

“Bagi orang macam ini tak ada sesuatu pun yang sakral di dalam kehidupan ini. Untuk publisiti murahan segala-galanya boleh dilakukan. Kalau sudi dia boleh datang ke pejabat saya di Komtar kerana saya ingin mendengar sendiri dia membaca Quran yang kononnya dia menghafal 15 juzuk,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: