Antarabangsa

Joget Cucuk Langit Penutup Majlis Tilawah Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 22 Jun 2022 – Tular semalam di laman sosial sebuah video joget ‘cucuk langit’ oleh para tetamu di Majlis Tilawah Al-Quran yang dimaklumkan adalah sebagai penutup kepada program bacaan Al-Quran tersebut.

Video yang berdurasi 0.21 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki yang kebanyakannya berkopiah dan wanitanya bertudung serta beberapa orang lengkap berjubah putih di atas pentas, namun rancak berjoget dengan berlatarbelakangkan lagu C’est La Vie nyanyian penyanyi Algeria, Khaled yang dipasang dengan kuat.

Abduh Nursalam yang memuat naik video tersebut ke laman sosial Facebooknya sehingga tular itu berkata, “Maksiat terbuka ini berlaku dalam majlis penutup Musabaqah Tilawah Al-Quran di sebuah negeri di negara jiran. Semua berkopiah bertudung.”

Beliau turut mengingatkan bahawa walaupun kejadian tersebut tidak berlaku di Malaysia tetapi kini, “Umat makin tenat… Bala kalau turun, semua akan kena.”

Abduh Nursalam juga berkata bahawa “Di sana ada ramai orang-orang soleh. Makin berat kerja dakwah yang mereka kena buat.”

Video dengan 2.9K likes itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial antaranya, “Sebab itu tak hairan kalau selalu jadi bencana alam teruk kat sana. Punca manusia sendiri,” kata Zulnizam Ijul.

7-Abduh-Nursalam-Facebook.png?resize=475%2C76&is-pending-load=1#038;ssl=1

Selain itu, Fuad Ali berpendapat, “Susah tengok anak muda kalau majlis tilawah al Quran di Malaysia ini. Mungkin cara pikat anak muda hadir program tilawah. Husnuzon.”

8-Abduh-Nursalam-Facebook.png?resize=471%2C55&is-pending-load=1#038;ssl=1

Pemilik akaun Facebook A Mi Ra pula berkata, “Bila orang kutuk agama marah tapi diri sendiri yang tak pandai jaga maruah agama. Mau hairan tapi………..”

3.png?resize=467%2C67&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: